KESIHATAN

POKOK KELAPA DARI SUDUT KESIHATAN


Secara tradisi pokok kelapa mempunyai pelbagai kegunaan turun temurun. Air kelapa berkhasiat untuk menyembuhkan penyakit demam campak yang disebabkan oleh virus. Air kelapa juga digunakan untuk menjadi penawar racun. Selain dari itu air kelapa digunakan untuk merawat seseorang yang terlebih memakan ubat ( over-dose ). Sungguhpun demikian, minyak kelapa dara telah didapati mempunyai kesan dan fungsi kesihatan yang lebih hebat dari air kelapa.

Minyak Kelapa Dara ini menggalakkan kadar metabolisma yang tinggi secara semulajadi.

Dikilang melalui proses bioteknologi dengan menggunakan kelapa matang bermutu tinggi. Kandungan semulajadi minyak kelapa dara dipelihara.

Tanpa bahan awet. Tanpa perasa tiruan. 100% Organik.

Minyak kelapa dara (VCO) boleh diambil oleh ibu mengandung bila-bila masa terutamanya bila hampir cukup bulan kerana boleh meninggikan metabolisma,kulit anak dan ibu menjadi cantik, memudahkan proses bersalin ,mengurangkan jangkitan kuman dan lain2.

Minyak kelapa dara ini juga sesuai untuk dimakan oleh kanak -kanak atau bayi yang sudah putus susu ibu kerana ia boleh dijadikan pengganti khasiat susu ibu disebabkan ciri-cirinya yang boleh mengurangkan serangan kuman atau virus.


Selain itu, pokok Kelapa boleh dijadikan penawar seperti rajah di bawah :




1 comment: