Pokok
Kelapa adalah sebagai sebuah kehidupan kerana dapat memberikan banyak
manfaat bagi manusia. Hampir semua bahagian dari pokok kelapa dari akar,
batang, daun dan buah boleh dimanfaatkan. Selain itu dapat meningkatkan sistem
imun pada tubuh kita. Sehinggalah tubuh kita tidak mudah terjangkit oleh
berbagai jenis penyakit.
Kegunaan Pokok Kelapa
Daun
- Pembalut makanan
- Sarung ketupat
- Atap rumah
Lidi
- penyapu
- pencucuk satay
Buah
- Isi kelapa yang lembut boleh dimakan mentah.
- Kelapa muda juga dikukus,direbus atau dipanggang sebelum airnya di minum.
Batang
- Bahan untuk pembinaan rumah seperti papan, dinding, dan lantai.
- Batang yang lembut dinamakan umbut kelapa boleh dibuat sayur.
- Batang yang keras dijadikan titi.
Tempurung
- Tempurung kelapa boleh digunakan untuk menghasilkan cenderamata dan barang hiasan yang cantik. Contohnya, tabung syiling, rantai kunci dan sebagainya